CARA BELAJAR MATEMATIK YANG BETUL


1. Bersedia menunggu kehadiran guru Matematik.


2. Oleh itu sebelum guru masuk, pastikan :

a. Buku teks,

b. Buku kerja,

c. Buku nota,

d. Buku latihan,

e. Alat tulis lengkap (setidak-tidaknya 1 pen, 1 pensil tajam, 1 pembaris dan 1 pemadam).

Semuanya berada di atas meja, tersedia untuk digunakan semasa P & P (Pengajaran dan Pembelajaran).



3. Semasa Pengajaran guru, dengar, faham dan salin maklumat penting kedalam buku nota.



4. Tidak FAHAM!

a. Bagaimana untuk tahu anda tidak faham, ie sekiranya di dalam HATI anda timbulnya persoalan berikut, contohnya :

i. Kenapa pulak cikgu darab dengan 2 ?

ii. Macam mana boleh dapat pecahan ?

iii. Dari mana datangnya π tu ?

Dan macam-macam persoalan Kenapa, Mengapa, Bagaimana dan …

Daripada persoalan-persoalan tersebutlah menunjukkan anda tidak faham dengan apa yang diajar oleh guru.

Bagaimana untuk MENGATASInya ?

Dengan ALAT / ORGAN :

i. MATA – fokus kepada pengajaran guru

ii. TELINGA – dengar dengan tekun apa yang diajar oleh guru

iii. TANGAN – salin maklumat penting terutamanya jalan pengiraan

iv. HATI – timbul persoalan

v. OTAK – cari penyelesaian, sekiranya tidak dapat maka

vi. MULUT – harus bersuara ie bertanya guru tentang persoalan tersebut

Kesimpulannya :

Semua DERIA kurniaan Tuhan harus anda gunakan untuk cemerlang dalam Matematik.



5. 100% FAHAM.

Tahniah !

Opps !! Belum tentu anda boleh menjawab soalan Ujian / Peperiksaan dengan BAIK.

Kenapa ???

Sekiranya anda melangkah masuk ke Dewan Peperiksaan tanpa menguji dahulu KEFAHAMAN anda, maka anda ada MASALAH besar !

Apa harus dilakukan ?



6. Buat LATIHAN.

Banyak mana ?

a. 5 soalan, cukup ?

Soalan yang boleh ditanya 1001 macam, setakat 5 soalan je… Mustahil !

b. 5 soalan SATU hari, OK ke?

5 soalan 1 hari, 365 hari 1 tahun, Jumlah soalan yang dijawab sebelum peperiksaan :

Peperiksaan             Tempoh                 Bilangan soalan

UPSR                      6 tahun                  6 x 365 x 5 = 10,950 soalan

PMR                       3 tahun                  3 x 365 x 5 = 5,475 soalan

SPM                       2 tahun                  2 x 365 x 5 = 3,650 soalan



Kesimpulan :

5 soalan 1 hari, maka soalan yang anda telah jawab melebihi 1001 macam bentuk, maka CUKUP!

Cuma PASTIkan,

5 soalan yang anda jawab itu, memang anda tahu buat dan faham dengan apa yang anda buat.

Sekiranya anda mengamalkan sikap berikut :



Situasi 1
Buat no 1, tak tahu jawab

Buat no 2, tak tahu jawab

Buat no 3, tak tahu jawab

Buat no 4, tak tahu jawab

No 5, dah TAK MAHU jawab.

Fed up! Maths SUSAH.

I HATE MATHS!



Situasi 2


Buat no 1, tak tahu jawab.

- Tanya guru, agak-agak boleh jawab.

Buat no 2, tak tahu jawab.

- Tanya guru, boleh jawab.

Buat no 3, boleh jawab sikit-sikit.

- Tunjuk pada guru, setelah diterangkan, memang boleh jawab.

Buat no 4, boleh jawab dengan baik.

Buat no 5, tiada masalah.

JAWAB lagi dan lagi dan lagi.

MATHS memang BEST!



Kenalpasti situasi anda, AMALkan Situasi 2. MATHS memang BEST !



Koleksi 1001 macam soalan boleh diperolehi dari BANYAK sumber, antaranya :

1. Buku-buku

2. Soalan-soalan terdahulu

3. Internet


Bagaimana cara?

1. Percuma – semak sendiri @ disemakkan

2. Berbayar – semak sendiri @ disemakkan


Silibus ?

1. KBSR & KBSM

2. International


PILIHAN ditangan anda :

1. Laman web International, Percuma dan berbayar.

http://www.math-drills.com/


http://www.softschools.com/math/worksheets/


http://www.edhelper.com/


http://www.mathfactcafe.com/


http://www.kutasoftware.com/index.html


http://www.onlinemathlearning.com/math-worksheets.html




2. Portal online dengan silibus KBSR dan KBSM Terkini

(BERBAYAR & BERBALOI & BERSEMAK SERTA MERTA)

http://www.infopuncakmas.com/


untuk mengetahui KELEBIHANnya, boleh contact saya di :

i) Email : yongrosmariah@yahoo.com


ii) Hphone : 0192608440


iii) Facebook : Rosmariah Hassan


Akhir kata :

Segala yang baik datangnya dari Allah, semoga dengan maklumat di atas akan membawa kebaikan kepada semua.